KATEGORI : Buku Tasauwuf
PENYUSUN : Prof. Dr. Ahmad Umar bin Hasyim
PENERBIT : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
TAHUN TERBIT : 2016
BIL. HALAMAN : 58
HARGA : RM 10.00
“…..merupakan kitab yang mulia yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. Kitab tersebut ialah al-Quran yang membawa manusia kepada kehidupan yang lebih teguh dan membawa berita gembira kepada orang yang beriman. Ia merupakan agama yang dibawa oleh Baginda S.A.W. dan syariah yang menarik lagi bertoleransi yang memberi panduan kepada alam keseluruhannya supaya terarah ke jalan Allah yang benar.
Nur Muhammad juga merupakan Sunnah Nabi yang memperjelaskan ayat-ayat al-Quran, menghuraikan dan membatasi maksudnya yang umum, mentafsir dan menerangkannya. Nur Muhammad merupakan keadaan yang ternyata dalam Nur Baginda sendiri, tingkah laku bimbingannya yang kekal hingga hari kebangkitan semula manusia menemui Tuhan sekalian alam. Ia merupakan Nur yang menyeluruh dan kekal tidak akan hapus dan hilang. Hal ini adalah kerana ia syariat Allah, tafsir huraian dan penjelasan kepada al-Quran, kitab Allah. Allah S.W.T memberi jaminan memelihara al-Quran malah benar-benar telah memliharanya.
Apabila Allah memelihara al-Quran, manakala sunnah Nabi pula merupakan keterangan, tafsir dan huraian baginya, maka jaminan memelihara al-Quran semestinya menjamin pemeliharaan hadith Nabawi tersebut. Maka Nur Rasulullah S.A.W menyeluruh dan kekal. Hal ini adalah kerana Allah menjamin untuk memelihara al-Quran dan keterangannya…..”
Buku ini disusun oleh Prof. Dr. Ahmad Umar bin Hasyim. Buku yang mengandungi 58 muka surat bercetak beserta terjemahan dalam Bahasa Arab ini, merupakan kertas kerja yang dibentang oleh Rektor Universiti al-Azhar, Mesir ini pada Munaqasyah Sufi Peringkat Kebangsaan 2004.
Isu ini telah menjadi polemik pertikaian umat Islam di Malaysia. Terdapat dalam kalangan ulama’ yang menerimanya dan ada yang menolaknya. Tidak dinafikan juga, terdapat segelintir orang yang tersasar dalam memahami konsep Nur Muhammad berdasarkan landasan syarak.