Tajuk : Pintu-pintu syaitan
Penulis : Syeikh Abdul Hamid Al-Bilali
Penterjemah : Dr. Hasnan bin Kasan
Penyunting : Ust Abdul Basit bin Abd Wahab, Ust Norhafiz bin A.Kassim, Ust Ahmad Kamal bin Mohamed
Penerbit : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
Tahun terbit : Cetakan kedua 2011
Harga : RM15.00
Bil halaman : 420 muka surat
Sipnosis :
Sesungguhnyan al-Quran telah berulang kali memberikan amaran terhadap dua musuh ketat iaitu Syaitan dan Bani Israel. Setiap muka surat di dalam al-Quran ada mengandungi ayat-ayat yang mendedahkan kepada tipu daya kedua-dua mereka atau tipu daya salah satu daripada mereka. Kadang-kadang orang bias dan awam tidak memberikan perhatian kepada tahap perhatian dan penekanan yang terdapat di dalam al-Quran terhadap dua ancaman ini. Hanya orang yang memerhatikan Sirah Nabawi, orang yang mengkaji sejarah umat, yang meneliti pengalaman hari ini dan yang mengenal pasti sebab-sebab kelemahan dan perselisihan akan mendapati dengan jelas bahawa kedua-dua musuh ketat manusia ini merupakan dalang disebalik semua fitnah, kejahatan, caci mencaci, menghina dan menghalang orang lain daripada mencapai kejayaan. Maka tidak hairanlah kepada para Pendakwah yang sentiasa mengikuti manhaj peringatan dan amaran terhadap dua musuh ini. Generasi demi generasi mereka menyusun dan………….
( sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :
06-7652526 / 2426 / 2416