Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 10/2013-1434H yang bersidang pada 28 Oktober 2013 bersamaan 13 Zulhijjah 1434H telah membincangkan Mayat Yang Disimpan Lama Atau Dikorek Semula Untuk Dijadikan Sebagai Bahan Kes Dalam Mahkamah. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
- Pengkebumian mayat hendaklah disegerakan. Perbuatan sengaja melambat-lambatkan pengebumian adalah haram.
- Pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan dalam kes kematian hendaklah menyegerakan siasatannya. Tindakan melambat-lambatkan siasatan sehingga menyebabkan mayat lambat dikembumikan adalah juga haram.
- Menyimpan atau mengorek semula mayat untuk dijadikan bahan kes dalam mahkamah bagi kemaslahatan umum adalah harus.
- Semua proses menyiasat, menyimpan atau mengorek semula mayat wajib dilakukan dengan menjaga kemuliaan dan kehormatan mayat.





Users Today : 328
Users Yesterday : 506
Users Last 30 days : 6483
Users This Month : 2802
Users This Year : 2802