Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil.6/2020M yang telah bersidang pada 26 November 2020 bersamaan 10 Rabi’ al-Akhir 1442H telah bersetuju memutuskan bahawa:
- Haram menerbitkan terjemahan al-Quran tanpa disertakan teks asal al-Quran tersebut berdasarkan kepada maslahah untuk menjaga kesucian dan mengelakkan kekeliruan terhadap al-Quran.
- Harus menterjemahkan makna ayat-ayat al-Quran dalam penulisan seperti buku agama, akhbar, jurnal, majalah dan seumpamanya tanpa disertakan teks asal al-Quran sebagai keterangan dan penghujahan terhadap apa yang terkandung di dalam penulisan tersebut.
- Sehubungan itu, mana-mana orang adalah dilarang mencetak,menerbit, menjual, mempamer, mengedar atau terlibat dengan cara apa sekalipun dalam penulisan dan terjemahan al-Quran tanpa disertakan bersama teks asal al-Quran.





Users Today : 330
Users Yesterday : 506
Users Last 30 days : 6485
Users This Month : 2804
Users This Year : 2804