Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 4/1434H yang bersidang pada 25 Mac 2013 bersamaan 13 Jumada al-Ula 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-57 bertarikh 10 Jun 2003 dalam isu ini dengan sighah seperti berikut :
“Mana-mana anak angkat yang diangkat oleh orang Islam tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkatnya. Mana-mana anak angkat sama ada sah taraf atau tidak, yang digabungkan namanya dengan nama ayah angkat hendaklah dibin atau bintikan kepada bapa kandungnya atau mana-mana nama Allah al-Husna yang tidak sama dengan nama ayah angkat berkenaan”.
Status Pewartaan : Tidak diwartakan