Muzakarah Jawantankuasa Fatwa Bil. 2/2019-1440H yang bersidang pada 28 Mac 2019 bersamaan 21 Rejab 1440H telah bersetuju dan memutuskan berkenaan berkenaan Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat adalah HARAM dalam Islam kerana:
Boleh menyebabkan kecelaruan dari segi nasab anak yang akan dilahirkan, walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada pasangan suami isteri yang sah.
Bagi kes perkahwinan poligami, menanam embrio kedalam rahim salah seorang isteri sebagai ibu tumpang sedangkan ovum diperolehi daripada isteri yang lain, misalnya embrio dihasilkan daripada percantuman sperma suami denagn isteri kedua tetapi ditumpangkan kepada isteri pertama, hukumnya HARAM berdasarkan kaedah Sad al-Zara’ik.




Users Today : 340
Users Yesterday : 81
Users Last 30 days : 6226
Users This Month : 2308
Users This Year : 2308