Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 7/2019M – 1441H yang telah bersidang pada 26 September 2019 bersamaan dengan 26 Muharram 1441H telah bersetuju dan memutuskan berkenaan pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera Malaysia seperti berikut:
i. Islam melarang umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliah serta berlebih lebihan dan membazir.
ii. Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.
Walaubagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, ianya adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak.
iii. Acara-acara seperti Majlis Peringatan termasuk bacaan Doa Selamat, Yasin, Tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan.





Users Today : 330
Users Yesterday : 506
Users Last 30 days : 6485
Users This Month : 2804
Users This Year : 2804