Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil.1/2025 yang bersidang pada 23 januari 2025 bersamaan 23 Rajab 1446H telah membincangkan dan meneliti mengenai pemuliaan dan proses kitar semula mashaf al-Quran dengan menggunakan kaedah deinking dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
1. Harus melupuskan dan mengitar semula mushaf al-Quran dan bahan cetakan agama yang telah rosak dengan menggunkan kaedah Deinking.
2. Keharusan tersebut hendaklah mengikut perlupusan dalam mazhab Syafie sebagaimana berikut:
- Al-Quran atau cebisan yang salah atau rosak mestilah dimuliakan, tidak diletak merata-kata, dilangkah atau diletak di tempat yang kotor.
- Tulisan al-Quran tersebut mestilah hilang secara keseluruhannya atau sempurna hilangnya; dan
- Bahan-bahan yang terhasil dari proses tersebut hendaklah dilupuskan dengan sempurna.
3. Harus dan penggunaan semula kertas dan dakwat yang terhasil daripada proses deinking tersebut. Walau bagaimanapun adalah dinasihatkan agar kertas yang terhasil daripada proses kitar semula mushaf al-Quran ini digunakan bagi tujuan yang baik.





Users Today : 507
Users Yesterday : 414
Users Last 30 days : 6889
Users This Month : 3395
Users This Year : 3395