Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 06/2015-1436H yang bersidang pada 26 Ogos 2015 bersamaan 11 Dzulqa’dah 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-23 berkenaan Penukaran Nama Daripada Bukan Islam Kepada Islam dengan sighah seperti berikut :
- Dibolehkan untuk mengekalkan nama asal yang mempunyai pengertian yang baik.
- Walau bagaimanapun, adalah menjadi satu keperluan untuk meletakkan nama Islam.
- Pertukaran nama perlu dilakukan sekiranya nama tersebut mempunyai pengertian yang tidak baik.
- Tiada halangan saudara baru untuk meletakkan nama bapanya atau boleh dibin/dibintikan dengan nama Abdullah atau tidak dibin/dibintikan dengan apa-apa nama.
Status pewartaan : Tidak diwartakan





Users Today : 29
Users Yesterday : 91
Users Last 30 days : 3799
Users This Month : 120
Users This Year : 214918