Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 2/2017-1438H yang bersidang pada 30 Mac 2017 bersamaan 2 Rejab 1438H telah membincangkan Susunan Wali Perkahwinan: Penilaian Semula & Penyelarasan. Muzakarah memutuskan untuk menerima senarai susunan wali cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
- Bapa الأب
- Datuk (bapa kepada bapa) dan ke atas الجد أبو الأب
- Saudara lelaki seibu sebapa الأخ للأب والأم
- Saudara lelaki sebapa الأخ للأب
- Anak saudara lelaki seibu sebapa ابن الأخ للأب والأم
- Anak saudara lelaki sebapa ابن الأخ للأب
- Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah ابن ابن الأخ للأب والأم
- Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa ke bawah ابن ابن الأخ للأب
- Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa العم للأب والأم
- Bapa saudara sebelah bapa sebapa العم للأب
- Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu) ابن العم للأب والأم
- Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu) للأب العم ابن
- Anak sepupu seibu sebapa ke bawah ابن ابن العم للأب والأم
- Anak sepupu sebapa ke bawah ابن ابن العم للأب
- Bapa saudara bapa sebelah bapa seibu sebapa (datuk saudara) عم الأب للأب والأم
- Bapa saudara bapa sebelah bapa sebapa (datuk saudara) عم الأب للأب
- Anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ابن عمالأبللأب والأم
- Anak lelaki datuk saudara sebapa ابن عم الأب للأب
- Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ke bawah عم ابن ابن الأب للأب والأم
- Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara sebapa ke bawah ابن ابن عم الأب للأب
- Bapa saudara datuk seibu sebapa (moyang saudara) عم الجد للأب والأم
- Bapa saudara datuk sebapa (moyang saudara) عم الجد للأب
- Anak lelaki moyang saudara seibu sebapa والأم ابنعمالجدللأب
- Anak lelaki moyang saudara sebapa ابن عم الجد للأب
- Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara seibu sebapa ابن ابن عم الجد والأم للأب
- Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara sebapa ابن ابن للأب الجد عم






Users Today : 336
Users Yesterday : 506
Users Last 30 days : 6491
Users This Month : 2810
Users This Year : 2810