Beliau dilahirkan pada 7 Februari 1945. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Nuri Air Mawang, Johol, Negeri Sembilan pada tahun 1952 – 1957. Kemudian beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Pertukangan Kayu Nuri pada tahun 1958 sehingga Mei 1958, kemudian di Sekolah Ugama Menengah Rendah Johol, Kg. Pasit, Negeri Sembilan (SUMR) pada Jun 1959 – 1961, kemudian beliau meneruskan pula pelajaran di Sekolah Ugama Menengah Tinggi Istana Lama Sri Menanti (SUMT) pada tahun 1962 – 1963, seterusnya di Sekolah Ugama Menengah Tinggi Seremban (SUMT), tahun 1964 – 1965. Pada tahun 1966, beliau telah mengambil Sijil Tinggi di Kolej Islam Malaya Petaling Jaya, serta Diploma Pendidikan pada tahun 1969. Kemudian pada tahun 1970 sehingga 1972, beliau menyambung pengajiannya ke luar negara iaitu di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
No | Pengalaman |
---|---|
1. | Guru Bahasa Arab (sukarela), Sekolah Ugama Menenengah Tinggi, Seremban, Negeri Sembilan (SUMT) pada Mac 1973. |
2. | Guru Bahasa Arab (Berijazah), Sekolah Ugama Menengah Tinggi Seremban (SUMT) pada September 1973. |
3. | Guru Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama Seremban(SMKU). |
4. | Menjawat jawatan sebagai Pengetua: |
i) Sek. Men. Keb. Agama, Seremban (SMKA) (1980 – 1985) ii) Sek. Men. Agama Wilayah Persekutuan ( Okt 1985 – April 1987) iii) Sek. Men. Agama Persekutuan Labu, Seremban, Negeri Sembilan (SMAP)(1987 – Nov 1988) iv) Sek. Men. Keb. Agama Syarifah Rudhiah, Melaka (SMKA)(1988 – Feb 1989) v) Sek. Men. Keb. Agama Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban(SMKA SHAMS)( Mac 1989-1997) vi) Maktab Perguruan Islam Bangi, Selangor (MPI) (1998 – Feb 2000) |
Tarikh | Tempat |
Jun 1959 | Sek. Ugama Men. Ren. Johol, Kg. Pasit, Negeri Sembilan (SUMR) |
1962 sehingga 1963 | Sek. Ugama Men. Tinggi Istana Lama Sri Menanti (SUMT) |
1964 sehingga 1965 | Sek. Ugama Men. Tinggi Seremban (SUMT) |
1966 sehingga 1969 | Kolej Islam Malaya Petaling Jaya Sijil Tinggi & Diploma Pendidikan |
1970 sehingga 1972 | Universiti Al-Azhar, BA Usuludin, Jurusan Tafsir & Hadith,MA Syariah, Jurusan Fiqh Perbandingan |
1983 sehingga 2022 | Ahli Jawatankuasa Fatwa, Negeri Sembilan |
1990 sehingga 2008 | Ahli Majlis Agama Islam, Negeri Sembilan |
1974 sehingga 1983 | Pemeriksa Kertas Pendidikan Islam SRP |
1980 sehingga 1983 | Pemeriksa Kertas Pendidikan Islam SPM |
1982 sehingga 1985 | Ketua Panel Pemurniaan Soalan Thanawi Ma’had Gemencheh |
1984 sehingga 1995 | Ketua Pasukan Kertas Pendidikan Islam SRP&SPM |
1992 sehingga 1993 | Ketua Kumpulan Ujian Lisan Bahasa Arab STPM, N.Sembilan |
1994 sehingga 1999 | Ketua Pemeriksa Ujian Lisan Bahasa Arab STPM,Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) |
1996 | Ketua Pemeriksa Kertas Pendidikan Islam SPM |
2000 sehingga 2009 | Ketua Panel Penterjemah dan Penyunting Kitab Fiqh-Manhaji |
2002 sehingga 2009 | Ketua Panel Penyunting Kitab ‘Aqidah Islamiyah’ |
2000 sehingga 2022 | Jawatankuasa Rukyah Hilal Ramadhan, Syawal Dan Zulhijjah |
Dato’ Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad – Beliau dilahirkan pada 23 Safar 1356H bersamaan 5 Mei 1937. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Dato’ Shahbandar, Rasah. Kemudian meneruskan pengajiannya di Singapura bersama bapa saudaranya Tuan Haji Abdul Rasyid, dan kemudian di Sekolah Agama al-Atas, Johor Bahru hingga tahun 1956. Pada tahun 1957, beliau melanjutkan pelajaran di al-Mashor, Pulau Pinang. Kemudian tahun 1961 beliau menyambung pengajiannya ke luar negara iaitu di Maahad al-Kaherah dan seterusnya menuntut di Universiti al-Azhar, Cairo pada tahun 1967 hingga 1974.
No | Pengalaman |
---|---|
1. | Bertugas sebagai guru Agama di Sekolah Agama Menengah Tinggi Bukit Merbah pada tahun 1974 |
2. | Menjadi Qadhi di Daerah Kuala Pilah dan Jempol sehingga tahun 1981. |
3. | Menjawat jawatan Ketua Penerangan Agama dan merangkap Imam Besar Negeri Sembilan dari tahun 1981- 1984. |
4. | Menjawat Ketua Penerangan Agama dan memangku Qadhi Besar bermula pada 31 Oktober, 1984 hingga bulan Ogos 1987. |
5. | Bermula 10 Ogos, 1987 bertugas sebagai Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus hingga sekarang. |
Tarikh | Tempat |
1950 | Belajar di Madrasah Khairiah Singapura disamping belajar dengan bapa saudara Tuan Haji Abd. Rashid. |
1951 | Berpindah ke Madrasah Al-Atas Johor Bahru – belajar agama di sebelah pagi di Madrasah Al-Atas dan di sebelah petang belajar di Sekolah Agama Air Molek. |
1956 | Lulus Kelas Khas dan mendapat No. 3 daripada 1000 orang penuntut. Dan pada tahun yang sama lulus syahadah al-Iftida‘iyah di Madrasah tersebut. |
Awal 1957 | Berpindah ke Madrasah Al-Manshoor, Pulau Pinang hingga 1960. Kemudian lulus ujian dan dilantik menjadi guru sementara di Madrasah Al-Manshoor, Pulau Pinang. |
Ogos 1960 | Bertolak ke Al-Azhar. Mula-mula belajar di Maahad Al-Bu‘us. Oleh kerana al-Azhar menerima perubahan baru zaman Sheikh Mahmud Shaltud dan Dr. Mohd Bahai, Menteri al-‘Aukuf. Semua pelajar-pelajar diarah menerima sistem baru palajaran sains dan agama di al-Azhar dan saya diantara yang kekal sehingga mendapat shahadah Senawi di Maahad al-Kaherah. |
1965 | Mendapat sijil menengah al-Azhar. |
1966 hingga 1973 | Mengaji di Universiti al-Azhar dalam kuliah al-Syariah al-Qanun. |
1973 | Lulus Sarjana al-Azhar |
1974 | Bertugas sebagai Guru Sementara di SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban |
1976 | Menjadi Qadhi Daerah Kuala Pilah / Jempol dan Hakim Mahkamah Syariah Daerah Kuala Pilah dan Jempol |
10.9.81 | Dilantik menjadi Ketua Pegawai Penerangan merangkap Imam Besar Masjid Negeri. |
10.7.84 | Ketua Pegawai Penerangan memangku Qadhi Besar Negeri Sembilan dan Hakim Mahkamah Qadhi Besar seluruh Negeri Sembilan. Dalam tempoh ini beliau telah dihantar menghadiri beberapa kursus yang diadakan samada di Kuala Kubu, JAKIM, 2 minggu menghadiri kursus Imam-Imam di Sabah atas kerjasama Kerajaan Malaysia dan Libya . Kemudian kursus Imam-Imam seluruh dunia di Mesir selama 3 bulan (Mac – Jun 1986) bersama-sama 11 orang Pegawai Agama seluruh Malaysia atas pilihan JAKIM. |
1987 – 2008 | Dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. |
Dato’ Haji Abu Hasan bin Haji Sail – dilahirkan pada 6 Ogos 1922 di Kg. Pulau Bukit Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan pulau Besar Rembau, Negeri Sembilan dari tahun 1929 hingga tahun 1933. Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Madrasah al-Sa‘idiyyah Kg. Pondok, Rasah dibawah pimpinan allahyarham Sheikh Haji Ahmad. Di madrasah ini beliau menimba ilmu-ilmu seperti Tauhid, Feqah, Tasawwuf, Tafsir, Hadith, Tajwid dan Tahfiz al-Quran. Tidak ketinggalan juga beliau diajarkan Ilmu Bahasa Arab seperti Nahu, Balaghah, Saraf, Nusus, Imla’ dan Bayan. Tarbiyah yang diterima oleh beliau di Madrasah ini merupakan sebagai permulaan sebagai ulama’ tempatan. Pada tahun 1937 beliau berangkat ke Timur Tengah untuk menyambung pelajarannya sehingga tahun 1945. Semasa pengajiannya beliau tergolong bersama pelajar yang pintar dan mempunyai daya ingatan yang kuat. Tidak hairanlah sekembali beliau ke tanah air Kerajaan Negeri Sembilan telah melantik beliau memegang beberapa jawatan penting di negeri ini.
Penghormatan masyarakat sekitar terhadap beliau terlalu tinggi, beliau dikenali sebagai ulama’ yang tidak pernah membezakan taraf seseorang. Beliau juga dikenali seorang yang pendiam, tidak banyak bercakap dan bercakap jika dirasakan perlu. Sikap beliau yang demikian menyebabkan orang lain terpaksa berhati-hati apabila hendak berbual atau bergurau dengannya. Sepanjang beliau menjadi Mufti Kerajaan Negeri beliau sentiasa berlembut dalam memberi nasihat kepada pemerintah. Sikap seperti ini jauh berbeza dengan arwah gurunya Sheikh Haji Ahmad yang sentiasa tegas.
Kewibawaan dan ketokohan beliau dalam perkhidmatan membuatkan beliau menjawat dalam jawatan ini selama 18 tahun. Beliau kembali ke rahmatullah pada 10 Zulkaedah 1414H/1993M.
No | Jawatan |
---|---|
1. | Mudir Sekolah Agama Menengah Tinggi Seri Menanti, Kuala Pilah (1959 – 1961) |
2. | Pengertian Kepada Tariqat Ahmadiyyah , (suntingan dan ubahsuai bahasa oleh Mahmud Hj. Ahmad) |
3. | Pemangku Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (1963 – 1969) |
4. | Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang kedua (1969 – 1987) |
Pemilihan Tuan Sheikh Haji Ahmad bin Haji Mohd Said sebagai Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bukanlah atas permohonan beliau seperti yang lazim dilakukan sekarang ini. Jawatan ini di tawarkan oleh Menteri Besar yang pertama iaitu Dato’ Haji Abdul Malik bin Yusuf (1948 – 1950). Jawatan yang di tawarkan kepada beliau juga telah dipersetujui oleh para ulama’ di Negeri Sembilan, dalam satu persidangan.
Pada peringkat permulaan tawaran ini ditolaknya, tetapi atas desakan yang kuat dari pembesar dan ulama’ di Negeri Sembilan ini beliau merestui memegang jawatan ini dan merasakan rakyat Negeri Sembilan khasnya amnya memerlukan beliau dalam memimpin mereka ke arah jalan yang diredhai Allah. Tuan Sheikh Haji Ahmad seorang yang berfikiran terbuka tetapi terkenal dengan sifat tegasnya. Beliau tidak mudah diperalatkan oleh pihak pemerintah (sama ada dari kerajaan Pusat ataupun dari kerajaan pihak pemerintah Inggeris). Ini jelas membuktikan karisma beliau sebagai seorang pemimpin yang berupaya menghadapi tentangan zaman dan sentiasa dihormati.
Di samping terkenal dengan ketegasannya dalam perkara yang jelas bertentangan dengan kehendak syari‘at, beliau juga terkenal dengan kecekapan dalam menjalankan tugas. Selaras dengan tugasnya sebagai Mufti. Beliau sentiasa menjadi tumpuan dan tempat rujukan dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat setempat.
No | Karya |
---|---|
1. | Penjelasan Di sekitar Hukum Pungutan Zakat Fitrah Bagi Kerajaan Negeri Sembilan . (Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Syari‘ah Bahagian Siaran. Jabatan Agama Negeri Sembilan pada tahun 1960 bersamaan 1379H) |
2. | Pengertian Kepada Tariqat Ahmadiyyah , (suntingan dan ubahsuai bahasa oleh Mahmud Hj. Ahmad) |
3. | Risalah “al-Qawa‘id Li Samad al “Ariffin wal Qutub al Muhaqqiqin” (Diterbitkan semula oleh Abdul Halim Haji Ahmad pada 25 April 1982 bersamaan 1 Rejab 1402H) |
4. | Ta‘lik Di atas Faedah Pada Menyelitkan Kaifiyyat Terawikh Sepuluh Raka‘at (Dikarang pada tahun 1305H) |
5. | Safinah al-Salamah Ahwal al-Dunya wa Al-Barzakh wa al-Qiamah. |
6. | Kanzu al-Mu‘id Fi Manaqib al-‘Arif Billah (Dicetak oleh Maktabah al-Ahmadiyyah, Singapura pada tahun 1952. |
7. | Perbahasan Berzikir Akan Allah Dengan Kuat , (Diterbitkan di Kuala Pilah oleh Teruna Press pada tahun 1355H dan telah disunting dan diubahsuai bahasanya oleh Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman, 1986). |
8. | Aurad al-Tariqat al-Ahmadiyyah dan Kelebihan dan Tahfatun al-Ikhwan. |
9. | Majmu‘atun Musahatun bi Tahafuh al-Awtan wa al-Ikhwan , (Dicetak di Singapura, al-Ahmadiyyah Press, 1354H/1935M. |
10. | Risalah “al-Qawa‘id Li Samad al “Ariffin wal Qutub al Muhaqqiqin” (Diterbitkan semula oleh Abdul Halim Haji Ahmad pada 25 April 1982 bersamaan 1 Rejab 1402H) |
11. | Al-Fuyudhat al-Ahmadiyyah fi fadhli wa Takhij ba‘du Kalimat al-Husn al-Mani’ al-Nabawiyyah. |
12. | Setengah Daripada Munaqib Guru-Guru Yang Mulia , (Dicetak di Seremban, Sungai Ujung Press, 1354). |