TAREKAT YANG TELAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA DI BAWAH ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005-TAREKAT NAQSYABANDIYYAH AL-KHOLIDIYYAH
Nama Tarekat: TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-KHOLIDIAH. Butiran maklumat berhubung terekat tersebut adalah seperti berikut:
i Syeikh: Mohd Anua bin Mohd Zin
ii No. I/C: 511215-05-5303
iii Kelayakan: SPM (1968)
iv Alamat: No. 28, Rumah Rakyat Gemencheh Lama, 73200 Gemencheh
v No. tel: 013-6701741 (H/P) 06-4316173 (R)
CATATAN
1. Oleh kerana saudara Mohd Anua mendapat ilmu tarekat dan amalannya secara talaqqi daripada syeikh tanpa catatan dan kitab-kitab rujukan khusus dan beliau pula tidak pernah mengajar ilmu aqidah, fiqh atau tasawuf maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan berpandangan bahawa beliau dan para ikhwan disarankan supaya berada di bawah naungan Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah di Lenggeng. Dengan ini Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah menjadi lebih teguh kedudukannya.
2. Oleh kerana tiada buku panduan beramal, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan berpandangan bahawa kumpulan tarekat ini perlu menyediakan kitab panduan amalan seperti yang telah disediakan oleh kumpulan pengamal Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah di Lenggeng.