Pembedahan bariatric
Soalan:
Assalammualaikum, adakah salah bagi seseorang yang gemuk sehingga mencecah 150kg untuk melakukan operation buang perut (bariatric surgery) setelah gagal utk mengawal makan dan risau diri bertambah gemuk dan sakit pada masa akan datang.
Jawapan:
Sekiranya ‘bariatric surgery’ ataupun ‘liposuction’ bertujuan untuk mengurangkan risiko penyakit dan demi mencapai maqasid menjaga nyawa (حفظ النفس ) maka ulama memutuskan hukumnya adalah harus manakala boleh berubah menjadi haram sekiranya bertujuan untuk bermegah-megah dan mengubah ciptaan Allah yang telah sedia elok pada asalnya.
Liposuction (sedut lemak) bertujuan untuk mengurangkan risiko penyakit dalam badan dan bukan untuk mengubah ciptaan Allah.
Dari segi maqasidnya untuk menjaga nyawa (حفظ النفس ).
Telah sampai peringkat dhorurah untuk melakukan pembedahan setelah segala usaha yang lain telah dibuat.