Tajuk : Isu Penggunaan Kalimah Allah Oleh Agama Lain
Penulis : Prof. Madya Dr. Faudzinaim Badaruddin
Penyusun : Prof. Madya Dr. Faudzinaim Badaruddin
Penerbit : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
Tahun terbit : Cetakan Pertama April 2015
Harga : RM8.00
Bil halaman : 73 muka surat
Sipnosis :
Setiap agama yang wujud di dunia ini secara amnya mempunyai tiga bahagian penting iaitu kepercayaan kepada Tuhan (belief in God), amalan atau preatik keagamaan (religious practice) dan pengalaman dalam beragama (religious experience). Antara tiga aspek itu, kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur terpenting kebanyakan agama besar di dunia yang bertolak daripada kepercayaan akan wujudnya satu zat yang amat berkuasa daripada segala benda termasuk manusia. Hal ini jelas terbukti apabila setiap Bahasa yang dituturkan oleh manusia akan memiliki satu perkataan yang dirujuk sebagai zat yang Maha Berkuasa itu seperti Jah (Jamica), Dios (Sepanyol), Khoda (Parsi), Dieu (Perancis), Theo (Yunani), Dio (Itali), Bog (Rusia), Gud (Norway), Dia (Ireland), God ( Inggeris), Tuhan (Melayu). Selanjutnya, kepercayaan setiap agama tersebut bertumbuh dan memiliki konsep tersendiri mengenai zat tersebut bermula daripada apek ketunggalan-Nya dan nama-Nya. Perbezaan-perbezaan yang terkandung dalam konsep ketuhanan setiap agama tersebut menjadi prinsip-prinsip keberlainan antara satu agama dengan agama yang lain. Oleh yang demikian, setiap………
( sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :
06-7652526 / 2426 / 2416