Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2015-1436H yang bersidang pada 27 Mei 2015 bersamaan 09 Sya’ban 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-56 berkenaan Pencantuman Benih Untuk Mendapatkan Zuriat dengan sighah seperti berikut :
- Hukum mencantumkan benih yang dikeluarkan sebelum akad nikah dan kemudiannya dibuat pencantuman dalam tempoh perkahwinan yang sah adalah haram.
- Hukum mencantumkan benih yang diambil dan dicantumkan dalam tempoh perkahwinan yang sah adalah harus.
- Hukum memasukkah embrio ke dalam rahim isteri selepas berlaku kematian suami atau perceraian adalah haram.
Status pewartaan : Tidak diwartakan