Bagi orang yang berkemampuan pergi haji tetapi tidak dapat pergi haji disebabkan gilirannya belum lagi adakah wajib mengerjakan upah haji selepas kematiannya. Adakah penggiliran dikira sebagai kemampuannya. Jika ketika dia hidup tidak wajib maka setelah mati pun adakah dikira tak wajib juga sebab akan mengambil duit warisan orang lain. Jika waris tak bersetuju adakah haram mengambil duit itu.
Hukum badal haji selepas kematian
Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas berlakunya sesuatu kematian. Iaitu dengan menggunakan duit atau harta milik si mati sebelum dibahagi mengikut faraid.
(1) Selesaikan urusan jenazah – dari urusan mandi hingga pengkebumian.
(2) Dibayarkan segala hutang piutang si mati.
- Hutang kepada Allah – seperti haji, zakat, fidyah, dan nazar
- Hutang kepada manusia dan lain-lain
(3) Tuntutan harta pusaka – wasiat, hibah, wakaf, harta sepencarian
(4) Pembahagian harta secara faraid
Hadith daripada Ibn Abbas R.Anhuma:
Yang bermaksud, Seorang wanita daripada (kabilah) Juhainah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: ‘Sesungguhnya ibuku pernah bernazar untuk mengerjakan haji, namun dia belum mengerjakan haji sehinggalah dia wafat. Adakah aku boleh mengerjakan haji sebagai wakilnya?’ Baginda menjawab: ‘Ya, kerjakanlah haji sebagai wakilnya. Apakah pandanganmu bahawa jika ibumu mempunyai hutang, adakah engkau akan melunaskannya? Tunaikanlah hak Allah, kerana sesungguhnya hak Allah lebih berhak untuk dipenuhi.’ Riwayat al-Bukhari (1852)
Apabila seseorang itu meninggal dunia dan dia meninggalkan harta tetapi tidak sempat mengerjakan haji, maka ahli warisnya wajib mengerjakan badal haji bagi pihaknya dengan menggunakan harta peninggalan si mati. Sama ada dia berwasiat ataupun tidak kerana ia merupakan beban hutang buat si mati.
Namun, sekiranya si mati tidak meninggalkan harta atau harta si mati tidak mencukupi, maka tidak wajib untuk waris mengerjakan haji bagi pihak si mati, sebaliknya ia menjadi perkara yang sunat untuk dikerjakan oleh ahli warisnya ataupun orang asing yang lain bagi pihaknya.




Users Today : 288
Users Yesterday : 71
Users Last 30 days : 7276
Users This Month : 5371
Users This Year : 5371