Pada 9 Mac 2023 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson telah diadakan Program Irsyad al-Fatwa bagi peringkat Daerah Seremban-Port Dickson bermula pada 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Objektif Program Irsyad al-Fatwa adalah memastikan masyarakat Islam memahami mengenai peranan Institusi mufti sebagai tempat rujuk dan tonggak penyelesaian masalah hukum-hakam Islam di Negeri Sembilan, memastikan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan Negeri tersebar ke pengetahuan masyarakat Islam di Negeri Sembilan dan mereka memahaminya. Melalui program ini juga diharap dapat memberi penjelasan yang lebih mendalam dan terperinci mengenai sesuatu isu yang telah difatwakan untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Di samping itu, program ini juga diharap dapat mewujudkan kemesraan antara institusi pentadbiran agama peringkat daerah dan pentadbiran fatwa di peringkat negeri dengan masyarakat Islam tempatan.
Peserta program ini terdiri daripada guru takmir, imam, guru kafa, pegawai dan kakitangan pejabat-pejabat kerajaan daerah Seremban dan Port Dickson.