🌞 KEMPEN 1 JUTA KIBLAT 1 UMMAH 🌞
Sempena Bulan Falak Negeri Sembilan dan Kebangsaan 1448H / 2026M
Tahukah anda bahawa arah kiblat boleh ditentukan dengan tepat menggunakan kaedah bayang matahari berdasarkan lokasi anda?
Jom sertai Kempen 1 Juta Kiblat 1 Ummah dan bersama-sama meningkatkan kesedaran masyarakat dalam penentuan, pengukuran dan penandaan arah kiblat mengikut kaedah yang tepat berpandukan ilmu falak.
Melalui kempen ini, peserta akan:
✅ Mempelajari kaedah penentuan arah kiblat menggunakan bayang matahari.
✅ Melaksanakan pengukuran dan penandaan arah kiblat di lokasi masing-masing.
✅ Menerima e-Sijil Penyertaan serta sijil rasmi program.
Kempen ini terbuka kepada:
📍 Orang Awam
📍 Murid Sekolah
📍 Pelajar IPTA
📍 Pelajar IPTS
📍 Institut Pendidikan
📍 Masjid, Surau dan Komuniti
Layari : http://portalfalak.com/ns untuk menyertai kempen ini
Tarikh Akhir Kempen : 15 Julai 2026
Mari bersama-sama menjayakan usaha memperluaskan kefahaman masyarakat tentang kepentingan arah kiblat yang tepat.
“Satu Juta Kiblat Satu Ummah.”
#1JutaKiblat1Ummah
#BulanFalakKebangsaan1448H
#BulanFalakNegeriSembilan1448H
#JabatanMuftiNegeriSembilan
#IlmuFalak
#ArahKiblat




Users Today : 42
Users Yesterday : 144
Users Last 30 days : 7426
Users This Month : 504
Users This Year : 39564