SEREMBAN 8 JUN: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus telah mengadakan satu pertemuan antara pemegang-pemegang tauliah mengajar agama di Negeri Sembilan. Pertemuan ini adalah satu pertemuan yang dirancang bagi menyepadu dan menyelaraskan pemikiran dan kaedah pengajaran serta pemahaman pengajaran ilmu-ilmu Islam di Negeri Sembilan berdasarkan pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Majlis dirasmikan oleh Ke bawah Kaus YTM Dato’ Klana Petra, Dato’ Hj. Mubarak bin Dohak, Undang Luak Sungei Ujong. Dalam Sabda perasmian, YTM Dato’ Klana Petra, Dato’ Hj. Mubarak Bin Dohak mengajak penerima tauliah untuk membantu Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan bagi memberikan kefahaman yang benar tentang agama Islam dan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Jabatan ini mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Ke bawah Kaus YTM Dato’ Klana Petra, Dato’ Hj. Mubarak bin Dohak, Undang Luak Sungei Ujong yang sudi merasmikan Multaqa ini. Juga kepada semua penerima tauliah yang terlibat yang membawa misi memberi kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada rakyat Negeri Sembilan. Video rakaman boleh dilihat dibawah ini:
https://fb.watch/l2lP4f34et/
(atau layari FB Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan)
Tarikh: 8 Jun 2023 (Khamis)
Masa: 8:00 Pg. – 1:00 Ptg.
Tempat: Hotel Royal Chulan,Seremban