Tajuk : Fenomena Gerhana Hikmah, Panduan dan amalan-amalan sunat
Penyusun : Mohd Razlan Ahmad
Penerbit : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
Harga : RM4.00
Bil Halaman : 24 muka surat
Sipnosis :
Kita mengetahui bahawa fenomena gerhana merupakn satu fenomena yang membuktikan kekuasaan dan keagungan penciptaan Allah S.W.T. Fenomena gerhana ini terbahagi kepada dua keadaan iaitu gerhana metahari dan gerhana buln. Setiap kejadian yang dijadikan oleh Allah S.W.T itu sudah pastinya mempunyai hikmah yang tersendiri supaya kita dapat berfikir dan mengambil iktibar disebalik kejadiannya sebagaiman firman Allah SWT. Kejadian Gerhana matahari boleh berlaku apabila bulan yang sedang berjalan mengelilingi bumi berada dalam keadaan bersetentangan dengan bumi dan matahari. Manakala bayang-bayang bulan terkena pada permukaan bumi. Dalam hal ini, gerhana matahari berlaku. Gerhana matahari hanya berlaku ketika bulan baru, kerana pada ketika itu bulan berada diantara bumi dan matahari (bulan di sebelah bumi menghadap matahari). Walaupun bentuk bulan lebih kecil, bayang-bayang bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya keran bulan berada lebih dekat dengan bumi berbanding matahari. Gerhana bulan pula boleh berlaku ketika bulan penuh (purnama). Ketika gerhana ini, bulan berada bersententangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini menunjukkan bahawa bulan boleh………….
(Sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian:
06-7652526 / 2426 / 2416