TAJUK BUKU:
Jiwa, Penyakit dan Penawarnya (Siri Pertama)
TAHQIQ:
Dr. Mohammad al-Sayyid al-Julainid
PENTERJEMAH:
- F. Ustaz Haji A. Basit b. A. Wahab
PENERBIT:
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
TAHUN TERBIT: 2003
HARGA: RM5.00
BIL.HALAMAN: 63 muka surat
SINOPSIS:
Jiwa manusia adalah satu daripada tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah yang menterjemahkan secara amali keagungan dan kesempurnaan ciptaan-Nya serta mempamerkan keunikan jalinan hubungan antara roh dan jasad. Allah juga bersumpah di dalam Al-Quran dengan menyebut nama roh ini sebagai bukti kemuliaan dan ketinggian roh itu sendiri.
Sesungguhnya jiwa itu terdedah kepada pelbagai penyakit yang berpunca daripada berbagai-bagai sebab. Gejala penyakit ini menular hingga menyebabkan para pemikir menjadi bingung untuk mencari penawarnya. Hal ini adalah kerana penyelesaian serta pengubatannya tidak mengikut resepi Allah s.w.t. Semakin jauh manusia menyimpang dari manhaj (jalan) Allah makan semakin sukarlah proses pengubatan dan pemulihan penyakit jiwa tersebut.
Kitab kecil ini memperkenalkan kaedah mengenal penyakit serta proses pengubatan yang bersifat Rabbani.
Antara keistimewaan proses pengubatan itu ialah ia bersandar kepada petunjuk yang dibawa Rasulullah s.a.w serta pimpinan wahyu. Dengan berpandukan kedua-dua sumber itu, kita akan dapat mengenal dengan pastinya penyakit dan cara pengubatannya lebih awal. Hal ini bersesuaian dengan slogan mencegah lebih baik daripada mengubati.
(Sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian:
06-7652526 / 2426 / 2416