Tajuk : Kelebihan Istighfar
Penyusun : A.F Ustaz Mohd Khir Johari bin Abas
Penerbit : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
Tahun Terbit : Cetakan Kedua Februari 2013
Harga : RM3.00
Bil Halaman : 27 muka surat
Sipnosis :
Istighfar merupakan suatu lafaz yang diungkap yang lahir dari penyelesaian terhadap perbuatandosa dan maksiat yang dilakukan. Ada juga ulama berpandangan bahawa istighfar ialah memperbaiki perkara yang fasid (dosa atau maksiat) dari perkataan dan perbuatan. Secara kesimpulannya bolehlah kita katakana bahawa istighfar adalah permohonan ampun daripada Allah S.W.T di atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Dari satu sudut, istighfar dan taubat mempunyai maksud yang sama iaitu kembali kepada Allah S.W.T. Keduanya mempunyai persamaan dalam permohonan untuk menghapuskan dosa. Oleh kerana itu banyak ayat-ayat Al-Quran yang mengaitkan kedua-dua perkara ini. Hakikat istighfar dalam islam adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah S.W.T. samnil memohon ampun terhadap segala dosa dan kesalahan yang dilakukan. Allah S.W.T memerintahkan hamba-hambaNya supaya istighfar.
(Sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian:
06-7652526 / 2426 / 2416