Penulis: Dr. Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugah ‘Ali Al-Sharbaji’
Penerbit: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
Tahun Terbit: Cetakan keempat Jun 2016
Harga: RM14.00
Bil Halaman: 455 muka surat
Sipnosis:
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, jelaslah bahawa pensyariatan hokum talaq dan natijahnya menurut islam merupakan lambang kemuliaan syariat islam. Ia jua merupakan dalil yang unggul, bahawa peraturan syariat islam amat bersesuaian dengan fitrah manusia dan keperluan semula jadinya. Hakikat ini jelas apabila kelihatan umat-umat yang lain mundur kembali, iaitu daripada pegangan mereka yang mengharamkan talaq, dan menganggap perkahwinan sebagai penjara yang kekal abadi yang dihuni oleh suami isteri, samada mereka suka atau tidak. Hal ini selepas mereka melihat pegangan tersebut akan menimbulkan natijah yang amat buruk dan jenayah yang berbahaya. Mereka telah sedar bahawa hubungan suami isteri tidak mungkin berlaku dengan paksaan. Jika dipaksa akan menimbulkan kecelakaan kepada seluruh keluarga bahkan ia umpama gunung berapi yang membawa kebinasaan, pembunuhan dan dan kerosakan. Syariat islam amat mementingkan usaha mewujudkan persefahaman antara……..
(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :
06-7652526 / 2426 / 2416