Tajuk; Manhaj Fiqh Al-Syafi’I jilid 1
Penulis: Dr. Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al- Bugha ‘Ali Al-Syarbaji’
Penerbit: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
TahunTerbit: Cetakan kesepuluh April 2018
Harga: RM14.00
Bil Halaman: 617 muka surat
Sipnosis:
Cara-cara bersuci daripada najis mughallazah, iaitu anjing dan babi tidak suci kecuali dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali, dan satu daripada basuhannya adalah degan air tanah sama ada najis tersebut najis ‘aini’ atau najis ‘hukmi’ dan ada terkena pada pakaian, badan atau tempat. Dalilnya adalah sebagaimana hadith yang lalu yang berkenaan dengan jilatan anjing. Cara-cara bersuci daripada najis mukhaffah, iaitu najis kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan sebarang makanan yang lain selain daripada susu ibu adalah dengan merenjiskan air sehingga ratake tempat najis tersebut, sama ada najis tersebut najis ‘aini’ atau hukmi, dan sama ada terkena pada badan, pakaian atau tempat. Cara- cara bersuci daripada najis mutawassitah, iaitu najis selain daripads anjing dan babi dan kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan sebarang makanan yang lain selain daripada susu ibu adalah dengan mengalirkan air ke atasnya dan menghilanfkan kesan-kesan sehingga hilang ain najis tersebut dan juga sifat-sifatnya, sama ada warna, rasa atau bau sama ada najisnaini atau hukmi, dan sama ada terkena pada pakaian, badan atau tempat. Namun demikian tidak mengapa jika warnyanya masih kekal disebabkan susah untuk menghilangkannya seperti……..
(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :
06-7652526 / 2426 / 2416