Tajuk: Pelaburan Dalam Islam Dan Bebas RIba
Penerbit: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM4.00
Bil Halaman: 20 muka surat
Sipnosis:
Kekayaan bermakna ‘harta benda atau sumber-sumber berharga’ atau ‘ segala harta yang mempunyai nilai wang atau nilai yang boleh ditukar’. Dalam islam, kekayaan (al-Mal) secara literal merujuk kepada pemilikan, samada banyak atau sedikit. Sesuatu asset hanya boleh diiktiraf sebagai mal atau kekayaan apabila ia boleh dimiliki dan simpan. Hakikatnya, kekayaan dan harta benda di dunia adalah amanah Allah kepada manusia. Pemilik mutlk bagi kekayaan yang diperolehi oleh manusia adalah Allah. Allah SWT berfirman: “ Berimanlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan berilah sedekah daripada apa yang Allah telah berikan; bagi sesiapa yang percaya dan memberi sedekah (di jalan Allah) mereka akan beroleh pahala yang besar.” (Al-Hadid:7)
Menurut Belbali(1982). Ayat ini menunjukkan bahawa mal atau kekayaan adalah milik Allah SWT dan manusia hanya diamanahkan oleh Allah untuk menguruskannya. Oleh itu manusia bertanggungjawab untuk menguruskan harta tersebut selaras dengan ketetapan-ketetapan Syariah. Manusia hanya bertindak sebagai wakil kepada pemilik sebenar hart iaiatu adalah Allah. Sebagai seorang wakil, manusia perlu menguruskan harta yang diamanahkan kepadanya mengikut kontrak yang dipersetujui. Manusia akan dipersoalkan jika beliau gagal untuk……..
…. (sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan)
Sebarang pertanyaan dan pembelian, sila hubungi 06-7652526 / 2426 / 2416 ( Unit Sumber Maklumat )