TAJUK BUKU :
Pewarisan Tanah Adat (kebenaran pelaksanaannya menurut Islam).
PENYUSUN :
:
PENERBIT :
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
TAHUN TERBIT : 2016
HARGA : 16.00
BIL.HALAMAN : 47 muka surat
SINOPSIS :
Dimulakan dengan pelaksanaan tanah adat menurut Islam, Adat Perpatih merupakan salah satu adat di Malaysia, khususnya di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka. Adat Perpatih mempunyai sidtem pembahagian harta yang tersendiri. Suatu masa dahulu ia diterima dan diguna pakai. Konsep tanah adat merupakan harta yang begitu berharga di sisi masyarakat yang mengamalkan adat perpatih. Di Negeri Sembilan tanah adat adalah berbeza dengan tanah pusaka. Walaupun kedua-duanya adalah tanah warisan. Dalam adat perpatih tanah adat menjadi lambang status yang dipertahankan kerana melibatkan maruah suku.
Pewarisan tanah adat dalam adat perpatih adalah melalui keturunan pihak perempuan yang kuat ikatan nasabnya. Kemudian pandangan Islam terhadap pewarisan tanah adat dengan syarat adil. Seterusnya adakah tanah adat bertentangan dengan Islam, perbezaan tanah adat dan wakaf Zurri. Perbandingan perbincangan Ulama-Ulama Minangkabau. Pemakaian ‘Uruf sebagai hokum dan akhir sekali penutup. .…( sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :
06-7652526 / 2426 / 2416