TAJUK BUKU :
Syarah Matan Umm Al Barahin
PENULIS :
Al-Imam Muhammad Al-Sanusi Rahimahullah
PENYUSUN :
Dr. Hj. Muhammad Yusry bin Mazlan
A.F Ustaz Syaiful Nizam bin Md Jan
PENERBIT :
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
TAHUN TERBIT : November 2017
HARGA : 18.00
BIL.HALAMAN : 162
SINOPSIS :
Ulama’ Usuluddin berbeza pandangan berkaitan dengan bilangan sifat Allah yang wajib dipelajari dan diketahui. Sebahagian daripada mereka menyebutkan bilangan yang wajib dipelajari dan diketahui adalah tiga belas sifat sahaja. Hal ini kerana mereka tidak memasukkan sifat Maknawiah sebagai sifat yang wajib dipelajari dan diketahui oleh mukallaf. Pandangan ini adalah pandangan yang rajah (kuat).
Namun begitu pandangan muktamad dan digunapakai di dalam pengajian aqidah adalah sebanyak dua puluh sifat sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab ‘Aqidah al-Najin. Hal ini adalah kerana mereka memasukkan sifat Maknawiyah sebagai sifat yang wajib dipelajari dan diketahui.
Definisi sifat menurut Imam al Dusuqi adalah sesuatu yang lain daripada zat. Sedangkan Imam al Tusi mendefinasikan bahawa, sifat ialah sesuatu yang tidak terpisah antara sifat dan pemilik sifat. Manakala, Imam al-Baijuri menambah definisi sifat, iaitu ia merujuk kepada sesuatu yang ada pada pemilik sifat.
Hal ini bermaksud, sifat adalah sesuatu yang semestinya lain daripada zat itu sendiri. Dalam ertikata yang lain, sifat tidak berdiri sendiri. Bahkan, ia memerlukan zat untuk mengesahkan kewujudannya. Contohnya, sifat masin yang tidak dikatakan ada melainkan setelah dinisbahkan kepada zat garam. Begitu juga halnya manis yang dinisabhkan kepada zat gula…..(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian, sila hubungi
06-7652526 / 2426 / 2416