Tajuk : Tafsir Surah Yasin
Penulis : Al-Sheikh Said Hauwa
Penterjemah : Ustaz Solahuddin bin Abdul Rahman, Ustazah Jamiah binti Abdul Wahab
Penyunting : Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad, Dato’ Dr. Hj. Abdul Rahman bin Kaeh, Tn. Hj. Jamil bin Abdul Wahab, Tn. Hj. Shahwan bin Hj. Mansor
Susun Atur Halaman : Ustaz Mohd. Fairuz bin Hj. Mohd. Isa, Ustaz Mohd Nazri bin Hj. Zainuddin
Penerbit : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
Tahun Terbit: Cetakan Pertama 2015
Harga : RM25.00
Bil. Halaman : 349 mukasurat
Sipnosis :
Surah Yasin merupakan penyudah kumpulan pertama daripada Qism al-Mathani, dan telah diketahui juga fokus perbincangannya dengansurah al-Baqarah ayat 252. Kemudian dijelaskan juga surah Yasin terbahagi kepada dua. Bahagian pertama bermula dari ayat 1 hingga ayat 30 dan bahagian kedua bermula daripada ayat 31 hingga ayat 83. Dalam bahagian kedua, ia terdiri daripada beberapa himpunan yang jelas pembahagian dan permulaannya. Himpunan pertama bermula daripada ayat 31 hingga ayat 70, terbahagi pula kepada 5 perenggan, dan himpunan kedua bermula daripada ayat 71 hingga ayat 76, manakala himpunan ketiga bermula daripada ayat 77 hingga ayat 83. Imam Ibnu Katsir memuakan muqaddimah tafsir surah Yasin dengan menyebut beberapa Hadith dan kata-kata sahabat mengenai surah ini, kelebihannya, galakan membaca dan menghafalnya. Bagaimanapun, Imam Ibnu Kathir tidak menyebutnya snad Hadith berkaitan. Antaranya…..
sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian, sila hubungi 06-7652526 / 2426 / 2416 ( Unit Sumber Maklumat )