Tajuk : Tokoh Ulama Dato’ Haji Abu Hassan bin Haji Sail
Penerbit : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
Tahun Terbit : Cetakan Pertama 2008
Harga : RM15.00
Bil Halaman : 110 muka surat
Sipnosis :
Tugas dan tanggungjawab para ulama sangat berat dan penting dalam memipin umat manusia ke jalan yang diredhai Allah SWT. Ulama Adalah Pewaris Para nabi dan Rasul. Kewujudan mereka sangat penting dalam masyarakat sebagai tempat rujukan segala masalah khususnya yang berkaitan dengan soal agama. Kedudukan ulama sangat mulia di sisi Allah SWT. Amanah yang dipikul oleh para ulama sangat besar. Ilmu yang diperoleh dan dikuasai merupakan hasil daripada usaha dan ketekunan yang berterusan dan tidak dijadikan sebagai bahan simpanan atau untuk kegunaan diri mereka semata-mata, malah sebanyak mana ilmu yang mereka miliki, maka sebanyak mana itu pulalah dicurahkan kepada murid atau kepada sesiapa sahaja yang berminat dan berguru dengan mereka. Tegasnya, tanggungjawab menyebarkan ilmu adalah tanggungjawab utama para ulama di samping membimbing masyarakat di sekeliingnya dari kejahilan ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Perbandingan……
(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :
06-7652526 / 2426 / 2416