Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 10/2013-1434H yang bersidang pada 28 Oktober 2013 bersamaan 13 Zulhijjah 1434H telah membincangkan Haiwan Jalalah Dalam Industri Ternakan Moden. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
- Binatang jalalah yang bebas dan memakan sesuatu yang najis adalah makruh untuk dimakan.
- Manakala binatang jalalah yang dibela atau dikurung serta sengaja diberi makan makanan yang najis adalah haram dimakan
- Walaupun begitu, binatang jalalah tersebut harus dimakan apabila ia telah melalui proses kuarantin yang munasabah, iaitu sekurang-kurangnya tujuh (7) hari.






Users Today : 331
Users Yesterday : 506
Users Last 30 days : 6486
Users This Month : 2805
Users This Year : 2805