Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil.8/2022 yang bersidang pada 26 Oktober 2022 bersamaan 29 Rabi’ al-Auwal 1444H telah bersetuju memutuskan berkaitan Penceraian Melalui Alat Komunikasi Moden adalah seperti berikut:
- Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti faksimili, SMS, e-mel, whatsApp dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat.
- Semua penceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah Syariah untuk tujuan pengesahan bagi mensabitkan talak tersebut.
- Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah penceraian yang tidak menepati adan penceraian yang digariskan oleh syarak.




Users Today : 144
Users Yesterday : 606
Users Last 30 days : 6965
Users This Month : 3268
Users This Year : 27859