Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan bil. 3/2019-1440H yang telah bersidang pada 25 April 2019 bersamaan dengan 19 Sya’ban 1440H telah bersetuju dan memutuskan berkenaan Meminta Orang bukan Islam Sama-sama Berdoa mengikut Anutan Masing-Masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama seperti berikut :
Orang Islam HARAM meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing, begitu juga orang Islam HARAM berdoa bersama-sama orang bukan Islam mengikut agama masing-masing di dalam satu majlis. Walau bagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, maka perkara tersebut tidak dilarang.





Users Today : 38
Users Yesterday : 126
Users Last 30 days : 8346
Users This Month : 1690
Users This Year : 49258