Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2014-1435H yang bersidang pada 26 Jun 2014 bersamaan 28 Sya’ban 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-80 berkenaan Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain dengan sighah seperti berikut :
Mesyuarat telah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib.
Status Pewartaan – Tidak Diwartakan