Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan bil.5/2021 yang telah bersidang pada 29 September 2021 bersamaan 22 safar 1443H telah bersetuju memutuskan menerima sighah fatwa MKI JAKIM berkenaan Semakan Semula Pandangan hukum dan Kaedah Pengurusan Jenazah Orang Islam Covid-19 seperti berikut :
i. Hukum asal pengurusan jenazah muslim termasuk jenazah pesakit COVID-19 hendaklah diurus dengan sempurna melalui kaedah pengurusan jenazah dengan dimandi, dikafan, disembahyang dan dikebumikan dalam tempoh masa seminimum mungkin mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
ii. Sekiranya terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa pengurusan jenazah berisiko dijangkiti dengan penggunaan air, maka hendaklah digantikan dengan tayamum pada anggota badan jenazah dengan mengambil kira Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
iii. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat halangan atau dibimbangi boleh membawa kepada penyebaran penyakit, maka Muzakarah bersetuju menggugurkan kewajipan memandikan/ tayamum ke atas jenazah dan memadai dengan dikafan, disembahyang dan dikebumikan.
iv. Dalam melaksanakan keputusan ini, pihak hospital dan pihak Berkuasa Agama Negeri perlu menyediakan tenaga kerja, segala kelengkapan dan keperluan yang mencukupi dalam pengurusan jenazah COVID-19 berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.



Users Today : 414
Users Yesterday : 81
Users Last 30 days : 6300
Users This Month : 2382
Users This Year : 2382