Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2014-1435H yang bersidang pada 22 Mei 2014 bersamaan 22 Rajab 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-56 berkenaan Sembahyang Jumaat Banduan Di Dalam Penjara Dan Seumpamanya dengan sighah seperti berikut :
Mesyuarat telah memutuskan bahawa hukum sembahyang Jumaat ke atas banduan di penjara dan seumpamanya adalah wajib dan Jabatan Penjara Malaysia hendaklah membenarkan para banduan menunaikan sembahyang Jumaat kecuali bagi mereka yang didapati boleh menimbulkan ancaman seperti ancaman keselamatan, sosial dan sebagainya.
Status pewartaan : Tidak diwartakan




Users Today : 96
Users Yesterday : 952
Users Last 30 days : 8722
Users This Month : 2981
Users This Year : 42041