Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2015-1436H yang bersidang pada 20 April 2015 bersamaan 01 Rajab 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-69 berkenaan Hukum Skim Pinjaman Wang Daripada Koperasi dan Seumpamanya Untuk Tunaikan Fardhu Haji Atau Umrah dengan sighah seperti berikut :
- Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah daripada skim pinjaman wang sekiranya mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya; dan
- Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, taawun, adil dan telus dalam operasinya disamping bebas dari unsur-unsur riba.
Status pewartaan : Tidak diwartakan