Alat Astronomi Dahulu Kala

Rubu’ mujayyab merupakan kalimah Arab yang merujuk kepada seperempat dan garisan. Dari segi istilah, ia merupakan sejenis alat tradisional falak (astronomi) yang dicipta khusus untuk pengukuran sudut dan waktu. Ibn Shatir mentakrifkan rubu‘ mujayyab sebagai alat yang diperbuat sama ada daripada tembaga atau kayu untuk tujuan pengukuran waktu.  Menurut beliau lagi, pada rubu‘ mujayyab diciptanya bola langit serta pada alat […]