Soalan:
Mohon pencerahan SS YB Mufti tentang kaifiyyat Solat hajat 12 rakaat. Adakah sujud selepas tasyahhud akhir itu dikira menambah rukun .
Jawapan:
Sujud selepas tasyahud akhir adalah dikira menambah rukun kerana ia bukan merupakan sujud yang masyru‘ (disyariatkan). Justeru, dinasihatkan bagi mereka yang ingin melaksanakan solat hajat untuk berhajat pada sujud terakhir atau selepas memberi salam. Namun, perlu diingati bagi mereka yang ingin berhajat ketika sujud terakhir; tidak dibenarkan untuk membaca doa dalam bahasa melayu dengan suara yang kuat. Oleh itu, dia hendaklah berhajat dalam hati atau membaca doa dalam bahasa arab sama ada yang warid ataupun tidak.




Users Today : 311
Users Yesterday : 71
Users Last 30 days : 7299
Users This Month : 5394
Users This Year : 5394