Soalan:
Saya ada satu kemusykilan berkaitan anak angkat .. Sy telah menyusukan anak angkat sy sebanyak 5 kali susuan…
Tetapi tidak sebanyak susu formula yg diminum nya.. kerana die telah menolak untuk minum susu badan sy. Jd anak angkat sy cuma minum sedikit sahaja susu badan saya, dalam keadaan terpaksa.. dan saya yakin bilangan susu yang sedikit itu sampai ke perut nya…
Soalan nya disini, adakah sabit hukum anak susuan atau tidak..sy juga ada search jakim, menyatakan tidak perlu kenyang.. Mohon tuan/puan dapat menjawab soalan saya ni.. sy sgt berharap, kerana berkaitan dengan aurat dan mahram..terima kasih
Jawapan:
Syarat penyusuan yang menyebabkan anak susuan menjadi mahram,
- Umur bayi belum mencapai 2 tahun. Sekiranya sudah mencapai 2 tahun tidak dikira sebagai anak susuan.
- Hendaklah penyusuan itu sebanyak lima kali atau lebih secara berasingan. Sekiranya penyusuan tersebut kurang daripada lima kali maka anak tersebut tidak diiktiraf sebagai anak susuan menurut pandangan mazhab al-Syafi’e.
Menurut Jumhur Ulama Mazhab Shafi’i, penentuan jatuh sabit hukum anak susuan, syarat susu haruslah sampai lima kali penyusuan secara sempurna. Penentuan lima isapan ini dikembalikan kepada hukum adat atau kebiasaannya, dan mereka turut sepakat untuk tidak mensyaratkan bahawa air susu itu harus mengenyangkan, asalkan sudah sampai ke perut bayi berkenaan. (Rujukan kertas Muzakarah Kebangsaan-JAKIM))
Pandangan Mazhab al-Shafi‘i dan Hanbali mengatakan bahawa sabit pengharaman disebabkan penyusuan ialah apabila seorang bayi meminum susu sebanyak lima kali susuan dalam lima waktu yang berlainan. Ini juga boleh dimaksudkan dengan lima kali kenyang, maka dikira pengharamannya. ((Rujukan kertas Muzakarah Kebangsaan-JAKIM))
Justeru, jika telah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan, anak tersebut menjadi mahram kepada Puan.




Users Today : 288
Users Yesterday : 71
Users Last 30 days : 7276
Users This Month : 5371
Users This Year : 5371