Soalan:
Assalammualaikum.
Mohon jasa baik pihak tuan memberi pencerahan atas permasalahan saya.
Ayah saya saja baru meninggal dunia..dan meninggalkan 10 ekar tanah felda.. kami adik beradik telah bersetuju untuk melunaskan hutang fidyah arwah ayah kami..memandang kan jumlahnya sgt besar..jadi bolehkah kami membayar fidyah itu secara beransur2 setiap bulan menggunakan hasil pendapatan dari kebun sawit tersebut.
Jawapan:
Selepas berlaku kematian dan sebelum harta pusaka dibahagikan, waris-waris bertanggungjawab untuk menyelesaikan beberapa hak yang berkaitan dengan harta si mati. Hak-hak tersebut ialah;
i. menjelaskan perbelanjaan pengkebumian dan pengurusan jenazah,
ii. melunaskan hutang-hutang si mati – termasuklah zakat, kaffarah, nazar, haji fardu dan fidyah serta hutang sesama manusia.
iii. melaksanakan wasiat yang dibuat oleh si mati (jika ada),
iv. menyelesaikan tuntutan harta sepencarian oleh salah seorang suami atau isteri yang masih hidup
Setelah selesai semua urusan di atas, barulah harta tersebut difaraidkan.
Berbalik kepada persoalan pembayaran fidyah secara beransur-ansur setiap bulan, sekiranya bayaran fidyah yang wajib dibayar oleh seseorang itu adalah melebihi tahap kemampuannya atau warisnya, maka dibenarkan untuk membayar fidyah secara ansuran. Namun, perlu diingatkan bahawa bayaran tersebut perlu dijelaskan dengan kadar segera sebelum datangnya Ramadan yang seterusnya kerana fidyah merupakan perkara wajib yang perlu diselesaikan.
Sila rujuk ke pusat zakat berdekatan.