Talak
Soalan:
Suami saya ada buat group whatssap keluargannya (emak, adik beradik dan ipar ). Suami saya admin dlm group whatssap keluarganya…
Semalam, biras saya ada sent sesuatu dlm group family yg buat saya rasa menyampah…tak berkenan dan mengada2…
Saya mesej suami saya , mesejnya berbunyi : “Abang, keluarkan safiyya dari group yer”..Maksud saya, saya meminta suami suami keluarkan saya dari group whatssap keluarga…
Kemudian, saya tengok semula whatssap keluarga, ada tulisan automatik, “Suamiku sayang removed you”.. Bermakna, suami saya dah keluarkan saya dari group keluarganya atas permintaan saya,..
Soalan saya pada ustaz : situasi diataskan boleh jadi talak kias ke? Sebab suami removed saya dari group whatssap keluarganya…Tapi saya masih lg sebahagian dari keluarganya, cuma nak keluar group whatssap keluarga shj.
Apa hukum saya minta suami keluarkan saya dari group whatssap keluarga suami, adakah ia merupakan talak kias sbb suami dah pun removed saya dari group…
Jawapan:
Jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya maka talak dikira jatuh.
Jika meragui akan lafaz/tulisan yang telah diucapkan/dituliskan oleh suami, mereka hendaklah merujuk ke pihak Mahkamah bagi mendapatkan pengesahannya. Begitu juga bagi pasangan yang ingin merujuk semula, mereka perlulah melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan nasihat selanjutnya.