Amalan Pada Awal Muharram
Disebut dalam kitab Majmu’ah Musammah,
(Faedah): Setengah daripada mujarobat yang sohihah bahawasa barangsiapa menulis ia akan Basmalah بسم الله pada awal Muharram 113 kali tiada mencapailah oleh orang yang menanggung itu surat akan sesuatu yang dibencikan padanya dan pada ahli rumahnya selama umurnya dan barangsiapa menyurat ia akan lafaz الرحمن al-Rahman 50 kali dan masuk ia dengan itu surat atas raja yang zalim atau hakim yang zalim amanlah ia daripada bahaya mereka itu[1].
Begitu juga disebut dalam Hasyiah al-Syeikh Muhammad al-Syanawaaniy Ala Mukhtasar Ibn Abi Jamrah,
(فائدة): قال سيدي ابن عراق فى كتاب الصراط المستقيم فى خوّاص بسم الله الرحمن الرحيم: إن من كتب فى ورقة فى أوّل يوم من المحرّم البسملة مائة وثلاث عشرة مرة وحملت لم ينل حاملها مكروه هو وأهل بيته مدة عمره، ومن كتب الرحمن خمسين مرة ودخل بها على سلطان جائر أو حاكم ظالم أمن من شره.
Yang bermaksud, (Pada Faedah): Berkata Sidi Ibn Iraq dalam kitab al-Sirat al-Mustaqim pada membicarakan khususiyat بسم الله الرحمن الرحيم: Sesungguhnya sesiapa yang menulis pada kertas pada awal Muharram perkataan al-Basmalah 113 kali, tidak dimudharatkan orang yang membawanya serta ahli keluarganya selama tempoh hidupnya dan sesiapa menulis الرحمن al-Rahman 50 kali dan membawanya ketika bertemu raja dan hakim yang zalim maka dia diamankan daripada keburukan mereka.[2]
… dan setengah daripada khasiat firman Allah Taala[3],
bahawasanya adalah ia bagi menghalaukan binatang-binatang yang melata-lata lagi yang menyakiti seperti lipan dan kala dan ular daripada rumah, apabila menghendaki engkau akan demikian itu maka surat olehmu akan itu ayat pada awal hari daripada bulan Muharram pada kertas dan basuh olehmu akan dia dengan air dan renjis itu air pada tepi-tepi rumah atau pada tepi kampung rumah maka bahawasanya teramanlah engkau daripada bahaya sekalian itu dengan izin Allah Taala.
[1] Majmu’ah Musammah, Syeikh Ahmad bin Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi, hlmn 45