TAREKAT YANG TELAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA DI BAWAH ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005- TAREKAT AL-SYAZULIYAH AL-DARQAWIYAH.
Nama Tarekat: TAREKAT AL-SYAZULIYAH AL-DARQAWIYAH. Butiran maklumat berhubung terekat tersebut adalah seperti berikut:
i Syeikh: Hj. Mohd Nasir bin Hj. Othman
ii No. Kad Pengenalan: 680820-05-5747
iii Kelayakan: Sarjana Muda, Universiti al-Azhar Mesir
iv Alamat: No. 3964, Tmn Tuanku Puan Chik, 72200 Bahau
v No. tel: 013-6227671
vi Pusat Pengamalan: Surau Pekan Bahau, 72100 Bahau
vii Diterima permohonan pendaftarannya dengan beberapa syarat.
PERMOHONAN PENDAFTARAN TAREKAT AL-SYAZULIYAH
AL-DARQAWIYAH
1.0 TUJUAN
1.1 Kertas syor ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan untuk mendapatkan keputusan berhubung dengan permohonan pendaftaran Tarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyah untuk diamalkan di Negeri Sembilan Darul Khusus di bawah peruntukan seksyen 9, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.
2.0 LATARBELAKANG
2.1 Orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh bagiTarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyah telah memohon untuk mendaftarkan tarekat ini bagi diamalkan di Negeri Sembilan berdasarkan kehendak seksyen 9, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 pada 17hb Mac 2008.
2.2 Permohonan tarekat ini telah dipanjangkan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang bersidang pada 30hb Jun 2009 dan persidangan tersebut memutuskan agar perkara ini dipanjangkan kepada Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah Negeri untuk kajian dan syor.
2.3 Sehubungan dengan keputusan berkenaan, pada 16hb – 18hb April 2010, satu persidangan Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan bil 2/1431 telah diadakan bagi membincangkan perkara berkenaan bertempat di Selesa Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
2.4 Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah yang terlibat dalam soal selidik ialah:
i S.S Dato’ Hj. Mohd. Yusof bin Hj. Ahmad
Mufti Kerajaan Negeri – Selaku Pengerusi
ii Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad
iii Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady
iv Y.Bhg. Dr. Hj Jahit bin Hj Sidek
v Y.Bhg. Dr. Sulaiman bin Ibrahim
vi Y.Bhg. Dr. Manam bin Mohammad
3.0 HASIL SOAL SELIDIK & REPRESENTASI TAREKAT AL-SYAZULIYAH AL-DARQAWIYAH
3.1 Ahli Tarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyah yang hadir,
3.1.1 Tuan Mohd Nasir bin Othman (orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh)
3.1.2 Tuan A. Jagabar
3.1.3 Tuan A. Rusian al-Faqir
3.1.4 Tuan Faizul Azwan bin Zainal Abidin
3.2 Orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh telah memberikan penerangan ringkas berhubung latarbelakang perkumpulan tarekat yang dipimpinnya.
3.3 Anggota Jilsah telah mengemukakan beberapa persoalan berkaitan tarekat berkenaan dan berpuas hati dengan jawapan yang telah dikemukakan.
4.0 ASAS PERTIMBANGAN
4.1 Orang Yang Dipertanggungjawabkan Oleh Syeikh
4.1.1 Pelantikan
4.1.1.1 Kaedah pelantikan Tuan Mohd Nasir bin Othman sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh adalah bersesuaian dengan kaedahsufiyyah.
4.1.2 Pendidikan
4.1.2.1 Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan agama Islam di peringkat Ijazah Sarjana Muda, daripada Universiti al-Azhar, Mesir.
4.1.3 Pengalaman
4.1.3.1 Mula dilantik mewakili syeikh dan telah menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh semenjak tahun 2002.
Mendapat bimbingan yang berterusan daripada Syeikh yang melantik.
4.1.4 Silsilah
4.1.4.1 Mempunyai rantaian silsilah tarekat tasawuf yang diperakui mengikut disiplin ilmu tarekat tasawuf.
4.1.5 Amalan Dan Bentuk Amalan
4.1.5.1 Kitab Wirid al-‘Am wa al-Mukhtasardan Wird al-Jam‘i al-Mu’ayyad fi Majlis al-Shalah wa al-Salam ‘Ala Sayyidina Muhammad s.a.w yang menjadi sumber rujukan utama amalan zikir bagi tarekat ini adalah tidak bersalahan dengan disiplin ilmu tarekat dan tasawuf yang muktabar dan yang telah diperakui oleh ulama.
4.1.5.2 Zikir yang dikemukakan dalam borang permohonan pendaftaran tarekat tasawuf tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
4.1.6 Pusat Pengamalan
4.1.6.1 Pusat pengamalan tarekat ini yang dipohon pendaftarannya di Negeri Sembilan ialah di Surau Pekan Bahau, 72100 Bahau.
4.2 Buku/Risalah
4.2.1 Buku-buku yang disertakan bersama borang TT1 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 adalah tidak bertentangan dengan hukum syarak kecuali terdapat bahasa yang tidak kemas dan tersusun mengikut metodologi penulisan secara ilmiah.
5.0 KEPUTUSAN PERSIDANGAN ANGGOTA JILSAH AL-TURUQ AL-SUFIYYAH NEGERI SEMBILAN BIL 2/1431
5.1 Tarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyah yang memohon untuk didaftarkan ini adalah satu tarekat tasawuf yang benar kerana telah memenuhi syarat-syarat sebuah tarekat.
6.0 SYOR
Berdasarkan permohonan pendaftaran Tarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyah di bawah seksyen 9 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005, anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah yang bersidang pada 16hb-18hb Januari 2010 mengesyorkan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri:
6.1 Mengiktiraf Tuan Mohd Nasir bin Othman sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh seperti kehendak subseksyen 8(1) Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.
6.2 Mengiktiraf silsilah Tarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyah di bawah pimpinan Tuan Mohd Nasir bin Othman adalah diperakukan benar sebagaimana perenggan 8(2)(e) Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan
6.3 Amalan yang diamalkan oleh Tarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyah seperti yang dinyatakan di dalam borang TT1 jadual kedua Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 diperakukan benar.
6.4 Meluluskan permohanan pendaftaran tarekat ini sebagai tarekat yang sah di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan undang-undang di bawah sub-seksyen 10 (2), Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 sekiranya telah mematuhi syarat yang berkenaan:
i. Memperbaiki penulisan dokumen dan kitab-kitab rujukan.
6.5 Mengizinkan Pendaftar mengeluarkan satu Perakuan Pendaftaran sekiranya berpuas hati apabila pemohon telah memenuhi syarat-syarat di atas seperti kehendak seksyen 12 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.
6.6 Mengarahkan Pendaftar untuk melaksanakan kewajipan yang perlu bagi mendaftarkan tarekat ini.
Disediakan oleh,
Syaiful Nizam bin Md Jan
Pendaftar
Tarekat Tasawuf
Negeri Sembilan Darul Khusus
18hb April 2010
Diperakukan oleh,
Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad
Mufti Kerajaan Negeri
Merangkap
Pengerusi Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah
18hb April 2010
KEPUTUSAN
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa (Khas) Bil 2/1431
Pada 14hb Julai 2010
Saya bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, dengan ini membuat dan mengeluarkan keputusan seperti berikut:
1. Mengiktiraf En. Mohd Nasir bin Othman sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh seperti kehendak subseksyen 8(1) Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.
2. Mengiktiraf silsilah Tarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyahdi bawah pimpinan Tuan Mohd Nasir bin Othman dan diperakukan benar sebagaimana perenggan 8(2)(e)Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan
3. Amalan yang diamalkan oleh Tarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyah seperti yang dinyatakan di dalam borang TT1 jadual kedua Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 diperakukan benar.
4. Walaubagaimana pun pihak tuan dihendaki memperbaiki penulisan dokumen dan kitab-kitab rujukan terutama dari sudut terjemahan. Setelah berpuas hati, Pendaftar akan mengeluarkan satu Perakuan Pendaftaran seperti kehendak seksyen 12 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.
DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus