TAREKAT YANG TELAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA DI BAWAH ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005- TAREKAT NAQSYABANDIYYAH AL-KHOLIDIYYAH
1. Nama Tarekat: TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-KHOLIDIAH. Butiran maklumat berhubung terekat tersebut adalah seperti berikut:
i Syeikh: Tuan Hj. Abu Talib bin Rabit
ii No. Kad Pengenalan: 480429-05-5107
iii Kelayakan: Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia
iv Alamat: Kg. Sg. Bunga, 71750 Lenggeng
v No. tel: 019-3958406
vi Pusat Pengamalan: Surau Suluk, Kg. Baru, 71750 Lenggeng
vii Perakuan Pendaftaran dikeluarkan pada 7hb September 2007. No. Pendaftaran:JMKNNS.BTT.070-2/1(6)
KERTAS SYOR
ANGGOTA JILSAH TURUQ AL-SUFIYYAH
BAGI PERMOHONAN PENDAFTARAN
TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-KHOLIDIAH
1.0 TUJUAN
Kertas syor Anggota Jilsah Turuq al-Sufiyyah ini dikemukakan kepada Ashabul Fadilah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus bertujuan untuk mendapatkan kelulusan berhubung dengan permohonan pendaftaran Tarekat Ahmadiah Qodiriyyah
2.0 LATARBELAKANG
2.1 Permohonan untuk mendaftarkan tarekat ini adalah seperti kehendak seksyen 9, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan Darul Khusus)
2.2 Permohonan ini telah dipanjangkan untuk kelulusan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersidang pada 27hb Disember 2006
2.3 Walaubagaimana pun Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri telah menangguhkan keputusan permohonan ini dan permohonan ini dipanjangkan kepada Anggota Jilsah Turuq al-Sufiyyah untuk kajian dan penelitian.
2.4 Sehubungan dengan itu, Anggota Jilsah Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan telah bersidang pada 16hb Julai 2007 hingga 18hb Julai 2007 di Guoman Hotels, Port Dickson, Negeri Sembilan.
2.5 Antara Anggota Jilsah yang hadir ialah :
2.5.1 YB S.S Dato’ Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad – Pengerusi
2.5.2 Y.Bhg Dato’ Hj Mohd Yusof bin Hj Ahmad
2.5.3 Y.Bhg Dr Jahit bin Sidek
2.5.4 Y.Bhg Dr Abdul Manam bin Sulaiman
2.5.5 Y.Bhg Dr Sulaiman bin Ibrahim al-Baruhi
3.0 ASAS PERTIMBANGAN
3.1 Sheikh bagi tarekat ini iaitu, Sheikh Haji Abu Talib bin Rabit telah membuat pembentangan kepada Anggota Jilsah Turuq al-Sufiyyah pada 17hb Julai 2007.
3.2 Ketika pembentangan, persidangan ini telah dipengerusikan oleh YB S.S Dato’ Hj Mohd Murtadza Bin Hj Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, merangkap Pengerusi Anggota Jilsah Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan Darul Khusus.
3.3 Butir-butir pembentangan berkenaan adalah seperti berikut :
3.3.1 Alamat pusat pengamalan tarekat ini ialah di Surau Suluk, Kg Baru, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan Darul Khusus
3.3.2 Silsilah tarekat ini adalah seperti lampiran yang disertakan pada borang TT1 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005
3.3.3 Zikir sebanyak 5,000 kali bagi permulaan untuk ahli yang baru menyertai tarekat.
3.3.4 Melakukan amalan suluk selama 40 hari / 20 hari / 10 hari.
3.3.5 Bertawajuh 3 kali sehari ( selepas subuh, zuhur dan isya’ )
3.3.6 Berzikir sebanyak 70 000 kali di surau dan dipimpin oleh syeikh (tidak boleh dibuat berseorangan)
3.3.7 Antara buku-buku rujukan tarekat ini ialah :
3.3.7.1 Buku Amalan Tarekat Ahmadiah al-Kholidiah
3.3.7.2 Buku Ijazah Tarekat Naqsyabandiah
3.3.7.3 Perjuangan Hidup Seorang Hamba Allah
3.3.7.4 Munajat Tarekat Naqsyabandiah
3.3.7.5 Hakikat Tarekat Naqsyabandiah
3.3.8 Majlis tawajuh akan diadakan pada hari Khamis malam Jumaat di pusat pengamalan tarekat yang dinyatakan di dalam borang TT1 yang di pimpin oleh Hj Abu Talib bin Rabit
3.3.9 Bentuk amalan/ wirid/ zikir adalah seperti yang telah dilampirkan di dalam Borang TT1, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005
4.0 SYOR
Setelah mengadakan perbincangan dengan Syeikh bagi tarekat ini, serta kajian dan penelitian yang dilakukan oleh Anggota Jilsah ke atas-atas dokumen yang dilampirkan pada Borang TT1, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan), maka dengan ini, Anggota Jilsah mengesyorkan agar Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri memperakukan :
4.1 Syeikh Haji Abu Talib bin Rabit sebagai Syeikh bagi Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiah yang pusat pengamalannya di Surau Suluk, Kampung Baru Lenggeng, Negeri Sembilan sebagaimana kehendak subseksyen 8(1) Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan setelah memenuhi kehendak subseksyen 8(2) enakmen yang sama.
4.2 Silsilah Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiah di bawah pimpinan Syeikh Haji Abu Talib bin Rabit adalah diperakukan benar sebagaimana perenggan 8(2)(e) Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan.
4.3 Amalan yang diamalkan oleh Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiah seperti yang dinyatakan di dalam borang TT1 jadual kedua Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 diperakukan benar.
4.4 Syeikh hendaklah memastikan ahli sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa sama ada arahan berkenaan daripada Syeikh ataupun Pendaftar Tarekat Tasawwuf.
4.5 Perakuan pendaftaran ini adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan sekiranya ada penyelewengan, pendaftar berhak untuk menarik kelulusan ini setelah memaklumkan kepada ahli jawatankuasa fatwa Negeri dan seperti peruntukan undang-undang.
4.6 Mengesyorkan agar perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan kepada Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiah sebagaimana kehendak subseksyen 33 (2) ditarik semula
4.7 Mengesyorkan agar pengiktirafan sementara bagi Syeikh Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiah yang dikeluarkan kepada Syeikh Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiah sebagaimana kehendak subseksyen 34 (2) ETT (NS) 2005 ditarik semula.
Disediakan oleh
AHMAD ZAKI BIN HAJI HAMZAH
Pendaftar
Tarekat Tasawuf
Negeri Sembilan Darul Khusus
KEPUTUSAN
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil 3/1428
Pada 10 Rejab 1428H
bersamaan 25hb Julai 2007
Saya dengan ini membuat dan mengeluarkan, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, keputusan berikut:
1. Syeikh Haji Abu Talib bin Rabit sebagai Syeikh bagi tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiyyah dan pusat pengamalannya di Surau Suluk, Kampung Baru Lenggeng, Negeri Sembilan sebagaimana kehendak subseksyen 8(1) Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan setelah memenuhi kehendak subseksyen 8(2) enakmen yang sama.
2. Silsilah tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiyyah di bawah pimpinan Syeikh Haji Abu Talib bin Rabit adalah diperakukan benar sebagaimana perenggan 8(2)(e) Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan.
3. Amalan yang diamalkan oleh tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiyyah seperti yang dinyatakan di dalam borang TT1 jadual kedua Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 diperakukan benar.
4. Syeikh tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiyyah hendaklah memastikan ahlinya sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa sama ada arahan berkenaan daripada Syeikh ataupun Pendaftar Tarekat Tasawwuf.
5. Perakuan Pendaftaran adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan sekiranya ada penyelewengan, pendaftar berhak untuk menarik kelulusan ini setelah memaklumkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri dan seperti peruntukan undang-undang.
6. Mengesyorkan agar Perakuan Pendaftaran Sementara yang dikeluarkan kepada tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiyyah sebagaimana kehendak subseksyen 33(2) ditarik semula
7. Mengesyorkan agar Pengiktirafan Sementara bagi Syeikh tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiyyah yang dikeluarkan kepada Syeikh tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiyyah sebagaimana kehendak subseksyen 34(2) Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 ditarik semula.
DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus