Sedikit darah beku di jari
Soalan:
Selepas selesai mandi wajib dan solat, baru terperasan darah beku yang sedikit pada jari, tidak pasti darah beku itu jadi sebelum, semasa atau selepas mandi wajib, sahkah mandi wajib tersebut?
Jawapan:
Syarat fardu bagi mandi wajib:
Pertama, niat – wajib menyertakan niat pada mula membasuh badan
Kedua, meratakan air diseluruh anggota zahir – wajib meratakan air diseluruh anggota badan, kuku tangan dan kaki, kulit, kulit kepala, rambut. Wajib menghilangkan suatu yang boleh menegah sampai air pada anggota, seperti daki, lilin, getah, sisik ikan dan barang sebagainya.
Oleh kerana darah pada jari itu sedikit dan tidak menghalang air daripada terkena kulit, maka sah mandi wajib dan sah solatnya.