Surah al-Fatihah diletakkan di awal al-quran
Soalan:
Kita sudah maklum dan mengetahui bahawa ayat pertama diturunkan adalah surah al-Alaq. Persoalannya disini, mengapa surah tersebut tidak diletak di permulaan al-quran memandangkan surah tersebut yang pertama diturunkan, mengapa surah al-Fatihah dan al-Baqarah diletakkan di awal al-quran?
Jawapan:
Penurunan al-Quran adalah berperingkat-peringkat selama 23 tahun mengikut zuruf, peristiwa, menerangkan hukum dan menjawab persoalan tertentu.
Penyusunan ayat al-Quran mengikut surah adalah perkara Taufiqiy, petunjuk Allah melalui Jibril as bila mana Nabi saw bertadarrus al-Quran dengan Jibril as sekali setiap tahun, kecuali pada akhir hayat Baginda dilakukan 2 kali. Oleh itu, susunan yang diajar oleh Jibril as ini telah disampaikan kepada Sahabat Nabi saw yang menulis al-Quran dan penghafal-penghafal al-Quran.