Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil.5/2022 yang bersidang pada 29 Jun 2022 bersamaan 29 Zu al-Qa’dah 1443H telah bersetuju memutuskan menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berkenaan Hukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodialisis seperti berikut :
- Pesakit yang mengidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadah haji.
- Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan dan,
- Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.






Users Today : 336
Users Yesterday : 506
Users Last 30 days : 6491
Users This Month : 2810
Users This Year : 2810