Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 06/2019 yang bersidang pada 30 Ogos 2019 bersamaan dengan 28 Zu al-Hijjah 1440H telah bersetuju memutuskan bahawa:
- Memakan makanan yang terubahsuai genetik (GM Food) adalah harus sekiranya bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilannya adalah halal dan tidak memudharatkan manusia serta alam sekitar.
- Penggunaan haiwan ternakan selain babi dan anjing, unsur atau keturunannya atau selain binatang yang haram dimakan adalah halal selagi haiwan tersebut disembelih mengikut syarak.
- Makanan yang dihasilkan melalui kaedah terubahsuai genetik (GM Food) yang tidak dapat dipastikan kemudharatannya adalah dibolehkan berdasarkan kaedah Fiqh menyatakan “berlakunya sesuatu hukum itu adalah bergantung kepada wujudnya ‘illah atau tidak”






Users Today : 325
Users Yesterday : 506
Users Last 30 days : 6480
Users This Month : 2799
Users This Year : 2799