Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil 1/1428 Pada 7 Rabiulakhir 1428H bersamaan 25hb April 2007
telah memutuskan bahawa:
i. Jawatankuasa Fatwa bersetuju dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan BAHAWA pesakit Haemophilia A tidak diwajibkan berkhatan kerana proses khatan boleh membawa mudharat kepada pesakit.
ii. Sekiranya pesakit berhasrat juga untuk berkhatan, pesakit hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.
iii. Manakala aspek bersuci bagi pesakit perlu dipelajari dan diberi perhatian khusus untuk memastikan kesempurnaan bersuci dan sah dalam beribadah.
Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad
Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus



Users Today : 9
Users Yesterday : 112
Users Last 30 days : 8230
Users This Month : 4965
Users This Year : 36352