Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2014-1435H yang bersidang pada 24 April 2014 bersamaan 24 Jumada al-Akhirah 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-49 berkenaan Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik Di Hospital-Hospital Kerajaan / Swasta dengan sighah seperti berikut :
Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum sembahyang jamak kerana kerana rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama seperti menjalani rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamanya adalah harus.
Status Pewartaan : Tidak diwartakan





Users Today : 149
Users Yesterday : 234
Users Last 30 days : 5208
Users This Month : 2884
Users This Year : 20784